|
 |
|
Thursday, November 17, 2005
Hexagon Hi-Energy Structured Water System
 "Para doktor sedia maklum bahawa nyahhidrat, selepas kehilangan oksigen, peragut nyawa yang paling cepat. Nyahhidrat yang kecil tidak mampu membunuh, tetapi ianya adalah penyebab tersembunyi dari kebanyakkan penyakit. Sebaliknya juga benar. Hidrasi yang baik adalah asas kesihatan yang baik." daripada "Water the Ultimate Cure" oleh Steve Meyerowitz Lebih banyak pengkaji mengkaji mengenai hubungan diantara air dan kesihatan, lebih banyak mereka menyedari kepentingan kedua-dua kuantiti dan kualiti air yang kita minum. Sistem Air Berstruktur Bertenaga Tinggi Hexagon ialah sistem rawatan air yang paling menyeluruh yang anda boleh temui kini. Ia bukan hanya mengasingkan semua bahan kimia dan kekotoran daripada air paip anda, tetapi juga meniru ekosistem semulajadi untuk memberikan air yang segar dengan semua ciri-ciri penting yang ditemui dalam air pancuran alam semulajadi. Lebih banyak anda pelajari mengenai air (daripada laman web ini dan dari sumber lain), lebih anda menghargai sistem Hexagon yang sungguh mengkagumkan. Air yang baik adalah perlu untuk kesihatan yang baik. Air yang bagus boleh membantu anda untuk mencapai kesihatan yang bagus. Air Hexagon ialah salah satu hadiah terbaik yang pernah anda beri kepada tubuh anda!
Posted at 05:38 pm by hexagon123
Permalink
Air Yang Baik untuk Kesihatan & Panjang Umur
 Anda boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air anda mungkin kehausan dan mati dalam tempoh beberapa hari. Kehilangan 2% air disekeliling sel anda boleh menyebabkan pengurangan 20% tenaga anda. Tubuh Manusia adalah 70% Air Otak 74% | Otot 75% | Darah 82% | Tulang 22% | Gigi 5% | Hati 69% | Buah Pinggang 82% Air Adalah Sangat Penting Untuk Semua Fungsi Tubuh Air menghidrat dan menyalurkan trilion sel-sel kita dan ianya penting pada lebih 90% proses bioligikal dan kimia yang berada di dalam badan kita. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan kebanyakan organ kita dan proses dalam badan tidak akan berfungsi. Sel Adalah Kekal Abadi Mengikut Pemenang Anugerah Nobel , Dr Alexis Carrel, sel tidak rosak atau mati. Ia adalah cecair di sekeliling sel-sel tersebut yang merosak. Jika anda memperbaharui cecair itu selalu, jangka hayat boleh kekal selamanya. Air Diperlukan Untuk Membuang Toksin & Sisa Daripada Badan Hari ini buah-buahan dan sayur-sayuran kita mempunyai kandungan racun, kandungan timah di dalam ikan kita, antibiotik dan hormon pembesaran di dalam produk daging kita dan bahan tambahan, pengawetan dan pewarna tiruan di dalam pemprosesan makanan dan minuman. Kebanyakan penyakit yang teruk telah menyebabkan adanya kesan kimia dan bahan yang menghasilkan barah di dalam air, udara dan makanan kita. Air adalah pertahan yang terbaik terhadap toksin di dalam badan kerana ia membuang sisa beracun, tetapi anda harus meminum air yang sihat, asli atau ianya akan memburukkan lagi keadaan. Air Menghalang Kekeringan, Kerosakan & Penyakit Purata yang lahir adalah 90% hidrat, tetapi purata usia 65 tahun adalah hanya 55% hidrat! Semua simptom penuaan adalah disertai dengan kekeringan sel yang perlahan. Tanda pertama kekurangan air adalah sakit kepada, insomnia, keletihan dan kurang kecergasan mental. Ramai doktor percaya bahawa kekurangan air adalah punca pada semua penyakit, daripada jerawat dan masalah penghadaman ke sengal sendi dan kegemukan kepada masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan tinggi dan juga kanser. Hubungan diantara kekurangan air ke kerosakan sel dan penyakit telah menyebabkan penyelidik melakukan kajian yang mendalam terhadap fungsi dan ciri-ciri air. “Apa yang doktor labelkan sebagai penyakit adalah "kekurangan air.” - F. Batmanghelidj, M.D. Bukan Semua Air Adalah Sama Para Saintis telah menemui air hidup yang semulajadi mempunyai beberapa ciri-ciri penting---termasuk suatu bentuk molekular tertentu dan imbangan pH dimana ianya perlu untuk menghidrat sel-sel kita dengan sempurna dan menyokong fungsi kehidupan. Rahsia Kehidupan Sihat Yang Panjang Pada awal 1900an, naturalis warga Austri dan seorang saintis bernama Victor Schauberger mencipta istilah "air hidup" selepas dia menemui bentuk segienam semulajadi, kepingan salji-menyerupai kelompok air yang ditemui di dalam air pemulihan di seluruh dunia dan struktur geometri inilah yang memberi air ini ciri-ciri pemulihan. Beberapa mata air yang terkenal adalah Lourdes, Vichy, Evian dan Perrier di Perancis, Fiuggi dan San Pellegrino di Itali, Passugger Heilguellen di Switzerland, dan Agua da Prata di Brazil. Kesan istimewanya pada jantung, hati dan penyakit buah pinggang, penyakit kulit, asma, masalah penghadaman, sengal sendi dan banyak lagi kesakitan adalah didokumenkan secara perubatan. Di tempat-tempat yang belum tercemar dipanggil "kampung lanjut usia", penduduk hidup hingga umur 100 tahun dan dalam keadaan kesihatan yang begitu istimewa sekali. Suatu kajian Soviet pada salah satu dari kampung tersebut mengenal pasti bahawa satu factor yang menyebabkan kesihatan istimewa ini dan umur yang panjang adalah kerana air hidup yang mereka minum secara semulajadinya mengandungi ciri-ciri penting dan menghasilkan kristal hexagon kecil.
Posted at 05:39 pm by hexagon123
Permalink
Adakah Air yang Anda Minum Hidup atau Mati?
 Bukan semua air menghidrat sel dan menyokong fungsi kehidupan dengan sama rata. Air hidup dengan mudah menembusi sel dan menjalankan semua fungsinya. Air Mati pula mesti dipulihkan dahulu dan diberi tenaga baru oleh badan sebelum ianya boleh melakukan kerjanya. Doktor dan para pengkaji telah menyatakan bahawa meminum ait hidup memulihkan kesihatan dan kehidupan tetapi meminum air mati membenarkan sel-sel untuk kehilangan air. Kebanyakan daripada Kita Minum Air Mati ------------------------------------------------ Hampir kesemua yang manusia telah lakukan pada air telah merosakkan atau merendahkan kualitinya. Kita telah mencemari setiap bekalan air semulajadi di dunia dengan pencemaran, sisa toksik dan beribu-ribu bahan kimia. Terdapat lebih daripada 120,000 jenis bahan kimia digunakan hari ini, dengan 1,000 lagi jenis terbaru ditambah setiap tahun. Semua bahan kimia ini mencemari sumber air kita. Air Boleh Mati ---------------- Dalam situasi tertentu air penuh dengan tenaga, adakalanya ia lembap dan keletihan, dalam situasi tertentu ia mati. "Pada mata kasar air mati masih lagi dilihar seperti air. Jadi kita semua mengharap ianya dapat melakukan kerja yang sama seperti air yang bertenaga" Charlie Ryrie, penulis " The Healing Energies of Water" Air Paip -------- Pusat rawatan air menggunakan penapis asas dan klorin untuk membuang mikrob-mikrob dan bahan pencemaran daripada air kita yang tercemar. Proses ini menjadikan air "selamat", kerana ianya membunuh hampir kesemua kuman-kuman dan bakteria, tetapi juga merosakkan air ciri-ciri kehidupan air. Klorin tidak baik untuk air kerana ianya mengandungi tarikan ionik yang kuat yang mudah mengganggu struktur kristal kesihatan air. Ianya tidak bagus untuk badan juga. Klorin telah dikaitkan dengan masalah jantung, kanser dan arteriosclerosis. Air yang dimasak tidak dapat menghapuskan klorin--ia mengubahnya menjadi suatu bahan yang berubah menjadi barah yang dipanggil "trihalomethane". Satu lagi masalah ialah air paip dipercayai mengandungi pH yang tidak menentu (serendah 5.5 atau setinggi 10) dimana ini mengganggu imbangan semulajadi badan iaitu pH 7.35. Menyimpan air di bekas tangki yang tidak mengalir dan memaksanya melalui berbatu-batu saluran paip dengan tenaga dan oksigen semulajadinya, merosakkan kelompok hexogan tersebut. Di waktu air paip itu sampai kepada anda, ia selalunya telah hilang ciri kesihatannya. Air Yang Ditapis ------------------ Kebanyakan penapis mengasingkan klorin dan bijih besi, tetapi kebanyakannya masih gagal mengawal kotoran tertentu. Parasit seperti "Kriptosporidium" dan "Giardia" tidak akan mati dengan klorin atau sinar UV dan dengan mudah melepasi penapis karbon. Radioaktif dan bahan kimia juga amat susah untuk diasingkan. Air yang Disuling atau Putaran Osmosis (RO) --------------------------------------------------- Alat Penyulingan dan Putaran Osmosis melakukan tugas yang lebih sempurna dalam menghapuskan bahan yang membahayakan dari penapis mudah boleh lakukan, tetapi ianya menapis segalanya dari air -- termasuk mineral yang diperlukan untuk kesihatan dan memanjangkan usia. Air Yang Dibotolkan ----------------------- Kebanyakan air yang dibotolkan adalah air paip yang telah diproses melalui putaran osmosis atau sistem penapisan karbon. Sesetengah kompani menambah mineral dan pada sesetengah (bukan semua) negara, jika label menunjukkan "mata air" ia mungkin datangnya daripada mata air asli... tetapi dalam semua kes ini, air ini masih diproses dan terkawal buatannya untuk tempoh yang panjang. Ia Semuanya Masih Lagi Air Mati! Secara kesimpulannya ialah hampir kesemua proses penapisan dan pembersihan bermula dengan air paip yang mati dan kemudian lakukan sesuatu atau tidak melakukan apa-apa untuk memulihkan kembali tenaga air.
Posted at 06:01 pm by hexagon123
Permalink
Sifat-sifat Istimewa Air Hidup
 70% dari planet kita dilitupi dengan air, tetapi 97% daripadanya adalah lautan air masin dan 2% adalah glasier. Untuk menjadikannya kepada air minuman, Alam Semulajadi mempunyai sistem rawatan air yang begitu menakjubkan. Ia menggunakan matahari, langit dan hampir setiap elemen di bumi untuk menghasilkan air hidup yang sihat semulajadi. Alam semulajadi menggunakan matahari, aliran magnetik semulajadi, batu-batan dan galian untuk memberikan tenaga kepada air, oksigen, mineral dan struktur molekul misteri yang dibuat daripada kelompok hexagon yang kecil. Air Hidup mempunyai 6 Ciri-ciri Penting Ianya Bersih, Asli dan Anti-Penyakit ----------------------------------------- Air semulajadi yang tidak tercemar adalah sihat, membersih semulajadi dan tahan dari serangan kuman-kuman mikro. Sebab yang lebih tepat lagi untuk ini belum dikenal pasti, tetapi suatu kajian di Institut Lutz Adolfo di Sao Paulo, Brazil menunjukkan bahawa air hidup menghalang pembiakan berbagai jenis hidupan mikro. Ianya Hidup Dengan Tenaga -------------------------------- Sel-sel badan bergetar dan berdenyut-denyut ke sistem yang kompleks dalam frekuensi berharmoni. Getaran kehidupan ini menjadikan sel-sel berinteraksi di antara satu sama lain dan melakukan pertukaran biologi dan kimia. Sebarang gangguan pada getaran berharmoni ini boleh menyebabkan kesakitan, ketidakselesaan dan penyakit. Air hidup bergema dengan getaran bertenaga dari badan anda. Apabila anda minum air hidup, ianya menguatkan, menjalankan dan mengekalkan tenaga hidup anda. Minum air mati di sebaliknya pula, mempunyai kesan bahaya disebabkan badan anda perlu menggunakan tenaga yang berharga untuk "menghidupkannya" dan memberinya tenaga sebelum ianya boleh digunakan oleh fungsi tubuh. Ianya Disemai Dengan Oxygen Yang Penting ---------------------------------------------------- Oksigen adalah tenaga kehidupan -- lagi lebih anda milikinya, lebih baik tubuh anda berfungsi dan lebih sihat anda akan jadi. Kebanyakan dari kita menganggap kita menerima oksigen hanya melalui udara, tetapi sebenarnya oksigen yang menyerap di dalam air menawarkan lebih banyak laluan kepada sel-sel kita. Oksigen didalam air minuman kita boleh meliputi darah dalam 30 saat; otak selama satu minit; kulit selama 10 minit dan hati, jantung dan buah pinggang dalam masa 20 minit! Air hidup menawarkan oksigen yang banyak yang sedia ada untuk sel anda. Ianya juga menambah oksigen yang anda sedut dimana ianya amat membantu jika anda bernafas dengan udara yang tidak berkualiti atau disebabkan penuaan atau kesihatan yang kurang memuaskan menjadikan pengambilan oksigen anda semakin lemah  Ianya Kaya Dengan Mineral Ionik dan Mineral Yang Dikesan --------------------------------------------------------------------- Seperti air yang mengalir menerusi bumi, ianya mengumpul mineral dan mineral yang dikesan, dimana diperlukan untuk mengetuai dan menjana berbilion-bilion dorongan elektrik yang halus di dalam badan. Tanpa dorongan ini, tiada suatu otot, termasuk jantung anda, boleh berfungsi, atau perkembangan dan baik pulih dilaksanakan. Dr Linus Pauling, pemenang Anugerah Nobel sebanyak dua kali, menyatakan: "Anda boleh mengaitkan setiap kesakitan dan penyakit dengan kekurangan mineral." Mineral dan mineral yang dikesan di dalam air adalah yang terbaik untuk anda kerana ianya adalah dalam bentuk ionik - bentuk paling bio-bersesuaian pada sel-sel anda (lebih baik daripada mineral pekat). Ia mempunyai pH yang Sempurna --------------------------------------- Air semulajadi dengan kandungan mineralnya yang kaya, mempunyai sedikit pH alkali. Ia menyokong pH7.52 setara dari cecair tubuh anda dimana ianya diperlukan untuk membawa oksigen, mengatur metabolisma, menghapuskan sisa asid dan mencegah penyakit. Ia mempunyai suatu Struktur Hexagon Penting ------------------------------------------------------ Air yang sihat asalnya daripada ais. Ianya diatur dengan cermat dalam kelompok melekul yang kecil yang membentuk bentuk hexagon yang sempurna dan kaya dengan mineral didalamnya. Air yang paling sihat mempunyai pembentukan kristal hexagon yang cantik walaupun ianya dalam bentuk cecair, tetapi ia menjadi lebih nyata sebelum ia membeku. Air yang lemah di sebaliknya pula, kebiasaannya mempunyai kelompok molekul yang besar atau bersegilima atau kekal tidak berbentuk walaupun ianya mula membeku. Mengapa struktur kelompok penting? Kerana ianya sama dengan kelompok air yang ditemui di dalam dan di sekeliling sel-sel tubuh kita. Kelompok-kelompok kecil adalah direka sempurna untuk berinteraksi dengan molekul-molekul yang lain, berkomunikasi menggunakan getaran yang energetik dan untuk menyusup dengan mudah melalui membran selular--membawa masuk khasiat dan membawa keluar sisa toksik keluar daripada sel-sel kita untuk mengekalkan keremajaan dan sihat. Kelompok yang besar adalah penuh kekecohan, kekok dan tidak berguna untuk tubuh  Hanya air yang sihat boleh membentuk kepingan heksagon salji yang indah-seperti kristal. Air salji, air di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, air sejuk daripada telaga dan sungai - semuanya mempunyai struktur heksagon yang ideal. Air paip tidak boleh membentuk struktur kristal heksagon walaupun ianya membeku. ------------------------------------------------------------------------------------------------- Dari semua ciri-ciri air, struktur heksagonnya adalah yang paling penting sekali, tetapi ianya juga yang paling rapuh. Ianya mudah rosak oleh pencemaran alam semulajadi dan proses rawatan moden air. Struktur Air Menentukan Kesihatan Kita --------------------------------------------- Molekul air dijadikan daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen (H2O). Hubungan diantara kedua-dua atom ini memberi air suatu kutub elektrik yang unik. Keunikan air untuk membentuk dan bertukar; mencipta dan mencipta semula; menembusi dan menghilangkan apa sahaja yang disentuhnya dan untuk mengumpul dan meletakkan maklumat kemana ianya mengalir adalah apa yang memberi semua benda hidup tenaganya. Molekul air terikat dengan mudah dengan molekul yang lain. Dalam erti kata lain, air amat mudah bercampur. Ia gemar bercampur dengan lain-lain elemen dan gemar membawa "penumpang". Ini adalah ciri-ciri hebat jika air mengambil perkara yang baik seperti galian yang kaya khasiat dan oksigen, tetapi ianya adalah sesuatu perkara yang tidak baik apabila ianya mengambil toksik yang tercemar, bahan kimia yang membahayakan atau organisma yang menyebabkan penyakit dan kemudian memasuki saluran darah anda!
Posted at 06:11 pm by hexagon123
Permalink
Hexagon Mengembalikan Kebaikan Air Hidup Asli
 Hanya beberapa orang berpeluang menikmati kelompok air asli, segar dan bertenaga daripada sungai semula jadi dan kolam yang sejuk. Manusia telah mencemari dan merendahkan gred hampir kesemua bekalan semula jadi di dunia ini. Mujur, terdapat satu lagi cara!Sistem Air Berstruktur Tenaga Tinggi Hexagon dimana ianya berdasarkan kajian ekstensif air boleh menghidupkan kembali air anda! Air Hexagon adalah: ----------------------- Menyerap dengan mudah Semakin kecil kelompok molekul, lebih mudah air meresapi sel-sel anda. Satu cara untuk mengukur saiz kelompok molekul ialah menggunakan Teknologi Getaran Magnetik Nuklear (NMR). Jika bacaan NMR rendah, ini bermakna kelompoknya juga kecil. Air Hexagon mempunyai bacaan NMR yang disahkan pada hanya 42.4Hz*. Air paip biasa, RO dan air yang telah disuling mempunyai bacaan diantara 128Hz manakala air mineral yang dibotolkan mempunyai diantara 90 dan 100Hz. *No. Laporan Universiti Kebangsaan Tsing Hua GMC 0203001 bertarikh 28 Mac 2002.   Anda boleh menguji kadar resapan anda sendiri. Cuba minum dua hingga tiga gelas air Hexagon dengan sekali teguk. Anda akan merasakan bahawa anda tidak akan merasa begitu senak atau loya kerana badan anda mampu menyerap dan menggunakan air Hexagon dengan segera. Bertenaga Pengubah Tenaga EC3000 Hexagon telah di pekkan dengan manik bio-seramik dimana memancarkan FIR (Cahaya Infra Merah Jauh), suatu bentuk gelombang elektromagnetik semulajadi, yang bergetar dan memberi tenaga kepada air, meniru seperti apa yang berlaku apabila mata air semulajadi menghempas batu dan kawasan magnetik semulajadi. Minum air Hexagon memulihkan tenaga anda!  Melonjakkan Oksigen ------------------------ Air bertenaga menyerap dan menyimpan lebih oksigen. Air Hexagon telah diuji di makmal dan ianya mengandungi 7-8ppm oksigen terlarut, berbanding air paip iaitu 3-4ppm. Ia dengan efektifnya meningkatkan bekalan oksigen dan mencergaskan sel-sel kita. Air yang kaya dengan oksigen adalah penjana yang bagus atau mengurangkan tekanan setiap kali, bila-bila masa sahaja! SELEPAS SEMINGGU  Air Hexagon -Ikan hidup dengan selesa di dalam air Hexagon, yang kaya dengan oksigen.  Air Suling -Ikan tidak boleh hidup di dalam air suling. Manis & Subur ----------------- Anda pasti akan menyukai kemanisan semulajadi air Hexagon. Kartrij mineral yang ekslusif menyemai air anda dengan mineral ionik dan terkesan yang baik untuk metabolisma sel dan kesuburan. Setiap gelas air Hexagon bernilai! Lembut & pH yang Seimbang --------------------------------- Sistem mineral Hexagon menjadikan airnya sedikit alkali untuk menyesuaikan imbangan pH semulajadi darah. Ini membantu untuk memerangi asid yang tidak sihat di dalam tubuh kita apabila kita tertekan atau apabila kita mengambil makanan bergoreng, diawet atau makanan yang diproses. Air Hexagon kekal diantara pH7.2 dan 8.5 dan membantu sistem anda dalam keadaan imbangan yang sempurna.  Asli & Bersih --------------- Penapisan yang mudah tidak mampu menapis pencemaran air pada hari ini. Hexagon menawarkan pelbagai lapisan penapisan untuk memastikan pembasmian sepenuhnya bahan yang tidak diingini. Sebarang bakteria atau micro-micro yang membahayakan di dalam air paip akan dihapuskan dan tidak akan berkembang dalam air yang sihat ini. Air Hexagon sungguh bersih hinggakan anda tidak perlu mendidihkannya! Ini menjimatkan masa dan wang. Perlindungan Anti-Oksida Semulajadi! ------------------------------------------- Rawatan Hexagon memberikan air ciri-ciri anti-oksida yang penting. Ia mengandungi cas ion negatif dan mengandungi banyak elektron untuk membebaskan bahan tidak begitu membahayakan supaya mereka tidak mencuri elektron daripada sel-sel anda, yang menyebabkan penyahjanaan atau penuaan. Air Hidup Yang Sihat ----------------------- Dengan air Hexagon, anda dengan tenang mengetahui bahawa anda dan keluarga anda menikmati air kristal asli dengan tiada sebarang toksin penyakit dan air yang mempunyai semua keistimewaan menambah hayat yang Alam semulajadi perlukan. HEXAGON MEMBASMI
* Bakteria * Virus-virus * Parasit * Kotoran * Lumpur * Karat * Klorin * Plumbum * Kimia Organik * Racun * Racun Rumpai * Produk Sampingan Perkilangan dan Bandar * Nitrat daripada pembajaan atau pencemaran najis * Trihalomethanes dan lain-lain bahan kimia berbahaya * Polyaromatic hydracarbons
Posted at 06:42 pm by hexagon123
Permalink
Sistem 6-Kartrij yang Canggih
 Katrij 1 Pra-penapisan Suatu Penapis Dupont MicroFree® Anti-Bakteria PP & suatu Penapis Blok Karbon Teraktif mambasmi karat, hampas dan lain-lain zarah-zarah tersangkut dan menghapuskan bakteria, menyediakan air untuk Katrij ke 2. Katrij 2 Penapisan Seramik Dibuat daripada Zarah Bumi, tersimpan di dasar tasik dan teluk yang telah di padatkan dan dibakar pada suhu yang tinggi. Saiz liang minit setara iaitu 0.3-0.7 mikron menghapuskan mikro-mikro yang membahayakan dan zarah-zarah. Katrij ini dengan mudah dikeluarkan untuk pencucian apabila permukaannya kotor. *E.coli (1.0-1.5 microns), Salmonella (1.2-1.8 microns), Cryptosporidium (4-6 microns), Giardia (5-20 microns), Cholera and Typhoid (1 micron).. Katrij 3 Pemineralan Mengandungi batu mineral Mai Fan Shi yang mashyur (dipanggil batu panjang umur) dan kombinasi ekslusif batu-batu mineral untuk mengalkalikan dan menyemaikan air dengan spektrum ionik yang besar dan mineral yang dikesan. Katrij ini tahan selamanya. Katrij 4 Penapisan Asas Ion bertukar air resin halus. Menggunakan penyerapan ionik, suatu Blok Karbon Teraktif membasmi bau yang kurang menyenangkan, warna dan bahan toksik seperti klorin, trihalomethanes (THMs), kimia organi dan sebatian radioaktif. Katrij 5 Penapisan Kedua Suatu Blok Karbon Teraktif dan Blok Karbon KDF Granular Teraktif membasmi sebarang sisa toksin dan bahan kimia, termasuk bijih besi mudah hancur dan gas toksik yang mudah serap seperti methane dan hidrogen sulfida, melalui proses elektrokimia. Katrij 6 Penjanaan Tenaga. Penuh Berkuasa EC3000 Pengubah Tenaga dengan manik bio-seramik yang dibuat daripada 26 tanah liat dan mineral oksida, memancarkan tiga kali lebih FIR intensif yang mana mengaktifkan air dengan tenaga yang begitu sihat, meningkatkan simpanan oksigen dan menghaluskan molekulnya dalam kelompok yang kecil. EC3000 direka untuk tahan selamanya  JADUAL PENGGANTIAN KATRIJ Tahunan Katrij 1 Katrij 4 Setiap dua tahun Katrij 2 Katrij 5 Sepanjang hayat Katrij 3 Katrij 6 Harga Katrij seunit - RM 90.00
Posted at 07:12 pm by hexagon123
Permalink
Alami dunia perbezaan air HEXAGON
Nikmati sepenuhnya daripada makanan, minuman & zat tambahan ---------------------------------------------------------------------------- Dengan air Hexagon, anda bukan hanya minum air yang dengan jelas terasa manis, lebih asli, halus dan licin. Makanan dan minuman yang disediakan dengan air Hexagon juga mempunyai rasa yang lebih sedap kerana rasanya yang asli menyebabkan ianya menonjol. Kerana air Hexagon lebih mudah diserap, tubuh anda juga mudah menerima lebih khasiat daripada makanan yang anda makan dan zat tambahan yang anda ambil.. Buah-buahan & sayur-sayuran ----------------------------------- Rendam buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam air Hexagon untuk 20-30 minit sebelum mengambilnya, memasak atau menyimpannya di dalam peti sejuk. Air Hexagon membasmi racun dan sisa kimia. Buah-buahan dan sayur-sayuran rasa lebih manis dan rangup dan kekal segar walaupun lebih dari seminggu di dalam peti sejuk.  Daging --------- Untuk jadikan daging lebih air dan lembut, cuma rendamkan di dalam air Hexagon selama 10-15 minit sebelum memasak atau menyejuk beku. Nikmati daging yang lebih berjus dan kental, penuh rasa dan manis. Daging itu juga boleh mengekalkan kesegarannya dan warna selepas dibekukan.  Ikan & makanan laut ------------------------ Ikan dan makanan laut akan kurang bau hanyir dan kekal segar apabila direndam di dalam air Hexagon. Makanan Tambahan ----------------------- Air Hexagon membantu anda memaksimakan faedah yang anda terima daripada makanan tambahan anda dengan memastikan vitamin-vitamin, galian, herba dan lain-lain khasiat anda ambil dihantar ke sel-sel anda dan digunakan sepenuhnya secara optimal oleh badan anda. Air Hexagon adalah baik untuk dicampurkan ke minuman kanak-kanak! Dapatkan sepenuhnya daripada badan anda. --------------------------------------------------- Lemah, sakit badan, sakit kepala, migrain, sembelit, alahan, kekejangan, bengkak, keletihan dan tekanan, semuanya dikenal pasti akan hilang dengan meminum banyak air yang sihat dan bagus. Dalam tempoh hanya satu minggu atau dua, ramai pengguna melaporkan peningkatan tenaga dan deria, pergerakan usus yang lancar, bebas daripada kesakitan dan kekejangan dan kelegaan daripada berbagai jenis penyakit.! Bolehkah Air Mengubati?
Dr. Frereydon Batmanghelidj, pengasas Pertubuhan Perubatan Mudah dan penulis untuk "Your Body’s Many Cries For Water" menganjurkan hidrat yang sempurna untuk menghalang atau menyembuh semua yang berikut: sakit sendi; alahan; asma; sakit belakang; kanser; sembelit; sindrom radang usus; masalah buang air kecil; kegemukan; sakit kepala; pedih hati; diabetes, tekanan darah tinggi, tekanan perasaan; sakit jantung; kolesterol tinggi; gangguan haid; ketegangan dan tertekan.Dapatkan sebaiknya daripada rupa anda, kulit, rambut & kuku yang sihat ------------------------------------------------------------------------------------- Sifat-sifat bertenaga, subur dan membersih dari air Hexagon merangsang pertumbuhan, memulih dan memperbaharui sel-sel, dimana ianya memberi keuntungan pada penampilan anda. Dalam beberapa minggu, rambut dan kuku akan sihat bersinar dan kulit anda akan lebih muda dan berseri-seri. Meminum air Hexagon akan memulihkan kulit anda daripada dalam, anda juga boleh mencuci muka anda dengannya. Perubahan dramatik menjadi berbaloi dengan penjagaan tambahan. Air Hexagon membantu kulit berseri-seri, sihat dan suatu wajah yang cantik bersih..  Merapi tubuh Walau kekeringan yang kecil akan melambatkan metabolisma anda dan menyebabkan pedih kelaparan. Air Hexagon menghidrat tubuh anda, memperbaiki pembuangan sisa dan dan mengurangkan penahanan air. Kadar metabolik anda meningkat dan ini membantu ia membakar lebihan lemak. Ia adalah air yang sesuai untuk mereka yang gagal dalam menentang kehadiran lemak. Jika anda mahukan tubuh yang langsing dan menarik, minum lebih air! Dapatkan yang terbaik daripada segalanya! Haiwan peliharaan yang sihat. Ikan anda berenang dengan penuh bertenaga dan membesar dengan cantik sekali di dalam air Hexagon. Ia juga baik untuk diminum oleh kucing, anjing, hamster, arnab, atau sebarang haiwan peliharaan yang anda miliki. Memandikan haiwan peliharaan anda dengan air Hexagon akan membantu mengurangkan bau badan dan meningkatkan kesihatan, lapisan berkilauan.. Tumbuhan Yang Lebih Sihat -------------------------------- Jika anda selalu menyirami mereka dengan Hexagon, tumbuhan anda akan bergetar dan sihat dan menikmati pertumbuhan yang kaya. Ianya juga boleh menyegarkan semula tumbuhan yang layu. Bunga yang kekal lama --------------------------- Samada ianya di dalam pasu atau dipotong, air Hexagon akan membantu bunga kekal berkembang untuk tempoh yang lama. Sesuai untuk penjual bunga!. Dimana sahaja anda menggunakan air, menggunakan Hexagon akan membuatnya berbezaKualiti air semakin teruk! Lihat sahaja kekotoran yg katrij pengguna Hexagon , Katrij tersebut di cuci 2 - 3 minggu sekali. Bayangkan jika anda tiada memiliki sebarang penapis air. Jom fikir-fikirkan....wajarkah kita memiliki Hexagon utk kesejahteraan seisi keluarga.!!
Posted at 07:23 pm by hexagon123
Permalink
SOALAN-SOALAN YANG KERAP DI TANYA
Kenapa Hexagon mempunyai banyak katrij? --------------------------------------------------- Terdapat banyak perkara yang melibatkan sains dalam sistem Hexagon. Media pelbagai yang digunakan dalam 6 katrij dipilih dengan begitu teliti untuk memastikan bahawa semua kuman, bakteria, parasit dan pencemaran dibuang dan semua zat yang sihat dari sumber air semulajadi tersimpan.
Apakah perbezaan di antara Hexagon dengan sistem penapisan air yang lain? ------------------------------------------------------------------------------------------- Terdapat dua perbezaan nyata. Pertama, kebanyakan sistem penapisan menggunakan satu atau dua jenis teknologi penapisan atau pembersihan. Malangnya, terlalu banyak jenis pencemaran di dalam persekitaran kita hari ini untuk satu atau dua pemprosesan mengawalnya. Setiap proses penapisan atau pembersihan adalah baik untuk mengawal pencemaran tertentu tetapi tidak pada yang lain. Sistem Hexagon menggunakan suatu proses 6-katrij yang canggih dengan teknologi gandaan untuk membersih dengan efektif keseluruhan spektrum pencemaran tanpa menghilangkan mineral yang berkhasiat dan mineral yang dikesan.
Perbezaan kedua yang nyata ialah walaupun suatu sistem penapisan yang begitu baik secara amnya hanya menghasilkan air bersih yang hanya selamat untuk diminum. Hexagon menghasilkan air HIDUP yang bersih dan memberikan tubuh anda apa yang ia perlukan untuk hidrat selular. Ianya melangkaui penapisan atau pembersihan dan mengreplika ekosistem semulajadi untuk mencipta semua kualiti semulajadi air yang sihat (kualiti terjejas disebabkan oleh pencemaran dan kimia rawatan tumbuhan). Air Hexagon kaya dengan oksigen, mempunyai pH yang sama seperti plasma darah kita dan mengandungi keseimbangan yang tepat dari mineral ionik yang sihat untuk tubuh kita. Ianya kecil, kelompok molekul bertenaga menjana sel membran dengan mudah, mengekalkan hidrat maksimum untuk kesihatan dan kehidupan - sesuatu yang air bertapis tunggal tidak dapat lakukan.
Bagaimanakah keadaan air Hexagon berbanding air RO atau air suling? --------------------------------------------------------------------------------- Proses "Reverse Osmosis" dan Penyulingan melakukan hasil yang baik dalam membersihkan pencemaran daripada air kita, tetapi mereka mulakannya dengan air paip yang telah mati dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembalikan ciri-ciri tenaga air hidup semulajadi.
Air yang segalanya telah dipindahkan daripadanya, dianggap sebagai "agresif" molekul yang bermakna ianya mudah terikat dengan pencemaran daripada udara dan bahan -bahan penapis daripada bekas plastik. Manakala Air hidup asli, secara semulajadi menentang kuman, bakteria dan "pathogens" kerana kandungan mineral dan oksigennya dan kerana struktur molekulnya lebih "lengkap".
Disini adalah sebuah petikan daripada buku "Don't Drink The Water-The Essential Guide to Our Contaminated Drinking Water and What You Can Do About It" (sebuah panduan pengguna yang tidak menyokong sebarang produk, tetapi hanya menjelaskan teknologi berbeza yang ada):
"Sistem RO membazirkan air pada kadar 4 hingga 9 gelen untuk setiap gelen air minuman yang dihasilkan. Masalah ini, dikaitkan dengan fakta bahawa sisa air mengumpul kekotoran yang membahayakan dan memperkenalkan mereka ke dalam persekitaran, telah menjadikan teknologi tersebut tidak sah di sesetengah daerah kemarau. Tetapi terdapat sebab lain, berpotensi lebih serius dengan sistem penapisan air osmosis terbalik. Menurut suatu kajian yang disiarkan di Kanada oleh pengkaji virologis berbangsa Kanada, ia ditemui bahawa sistem RO mempunyai kegemaran untuk membina bakteria, ini disebabkan oleh air yang telah diproses kekurangan klorin dan mengambil masa yang panjang untuk menghasilkannya. Disebabkan air tersebut kekal setempat pada suhu bilik, kadang kala untuk berhari-hari, sistem RO menjadi tempat pembiakan yang sesuai untuk bakteria, yang boleh menggandakan bilangannya setiap 20 minit atau lebih. Dalam kajian mereka terhadap sistem RO, pengkaji virologi mengukur suatu purata sebanyak 10,000 bakteria setiap mililiter air, 20 kali melebihi kadar yang diterima untuk air paip kawasan bandar. Hampir tiga dari penapis-penapis yang menghasilkan air dengan lebih 100,000 bakteria setiap ml, atau 200 kali lebih daripada air paip biasa. Sesetengah membiak sehingga 10 juta bakteria setiap ml! Kajian tersebut bertindak untuk menunjukkan bahawa, disebabkan pencemaran ini, mereka yang meminum air RO dijangkiti 10 kali bilangan penyakit dengan sakit perut seperti orang yang meminum air paip... kerana sifat semulajadi yang agresif dari air osmosis terbalik, galian perlu ditambah kepada air untuk penggunaan jangka panjang."
Begitu juga yang berlaku pada air yang disuling. Ianya mahal, mengambil masa dan tidak semestinya baik untuk anda. Disini adalah petikan daripada, The Drinking Water Book (suatu lagi buku perlindungan pengguna bebas yang membincangkan baik buruk setiap jenis proses rawatan air tetapi tidak menyebut sebarang produk):
"Air yang dibersihkan boleh juga dilabelkan sebagai air suling, air yang digunakan untuk penyulingan, air nyah-ion atau air nyah-mineral. Sebagai tambahan kerana melalui proses pembersihan yang lain, setiap label ini menandakan bahawa air ini mineralnya dibuang sepenuhnya dan tiada satu pun ditambah. Jadi ini bermakna tiada apa pun di dalamnya kecuali air, ini ialah air yang asli. Bagaimana pun, yang penting bukanlah pada "keasliannya" tetapi samada ianya baik atau tidak untuk anda... Air yang ditapis mempunyai kesemua pembentukan asingnya (yang kebanyakkannya adalah galian) dibuang. Ini tidak dalam keadaan semulajadi. Dalam keadaan semulajadi, air mengandungi pelbagai jenis galian. Setelah ditapis, air akan cuba untuk kembali kepada keadaan asal dengan bertindak secara kimia dengan sebarang bahan ia bertemu. Disebabkan kecenderungan ini, air yang ditapis adalah air yang "agresif"... pada pendapat saya, berdasarkan kajian yang saya telah lakukan, "keagresifan" air yang ditapis boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang."
Saya pernah terbaca bahawa meminum air suling adalah yang terbaik. Kenapa anda menambah galian? -------------------------------------------------------------------------------------------------- Terdapat banyak sebab untuk ini. Pertama sekali, air tanpa mineral semulajadi rasanya begitu tawar. Jika anda mahukan kesihatan optimum, anda perlu meminum lebih banyak air. Hanya segelintir orang mengambil 8 gelas air sehari apabila ianya merasa tidak sedap atau memuaskan dahaga mereka.
Kedua, ketika tubuh mampu menghasilkan banyak vitamin yang penting, ia tidak boleh menghasilkan walau satu mineral penting. Makanan tambahan tidak menyediakan mineral dalam bentuk ionik (bentuk yang paling "bio-available" pada sel-sel anda). Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai mineral ionik, tetapi hanya segelintir orang boleh menerimanya secara segar sepenuhnya atau makan secukupnya untuk memuaskan keperluan mineral harian. Salah satu cara terbaik dan mudah untuk memastikan bahawa tubuh anda menerima semua mineral yang ia perlukan ialah dengan meminumnya! Sistem Hexagon direka untuk membuang sebarang mineral yang tidak baik untuk anda (seperti klorida dan mineral asid negatif) dan untuk memberi anda semua mineral yang baik dan mineral dikesan di dalam bentuk ionik semulajadi.
Akhir sekali, perdebatan bahawa adalah lebih baik untuk meminum hanya air yang disuling adalah meragukan. Disini adalah suatu lagi petikan daripada " The Drinking Water Book ": "Berdozen-dozen buku yang ditulis oleh para doktor, pakar pemakanan dan pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa pada asasnya semua penyakit adalah disebabkan oleh galian di dalam air, jadi dengan meminum air yang ditapis anda akan kembali bertenaga, sendi atau arteri yang kejang akan sembuh. Para penulis ini sebenarnya mengetahui hanya perkara kecil berkenaan struktur kimia air, dan "bukti" yang mereka tunjukkan adalah berat sebelah dan tanpa kredibiliti. Perbalahan terhadap pengambilan air yang ditapis ialah anda kehilangan sumber utama dari galian penting di dalam diet anda, ini kerana air tersebut telah kehilangan galiannya, ia menarik dan mengambil galian di dalam tubuh anda, menyebabkan kekurangan mineral. Perbalahan ini mempunyai beberapa munasabah. Meskipun kita mendapat galian daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, kekurangan galian di dalam tubuh kita adalah sesuatu yang tidak mungkin jika diet biasa dari campuran makanan diambil... Lebih dua puluh lima tahun, kajian telah berterusan hingga cukup banyak untuk menyokong peranan penting galian di dalam air. Kajian terhadap populasi dalam kawasan-kawasan yang mempunyai kandungan galian yang tinggi (berlawanan dengan kandungan galian yang rendah) telah menemui beberapa kehadiran penyakit kardiovaskular, barah, diabetis, penyakit respirator dan masalah kesihatan yang lain."
Saya selalu mendidihkan air paip saya sebelum meminumnya. Adakah saya masih perlu mendidihkan air Hexagon? ----------------------------------------------------------------------------------------------------- Tidak perlu. Air Hexagon sememangnya selamat, terus menerus daripada paip. Sistem rawatan pelbagai-langkah membuang segala bakteria, virus, parasit dan mikro-mikro yang sepatutnya dibunuh pada waktu pendidihan, tambahan ianya juga membuang semua kimia toksik yang proses pendidihan tidak mampu lakukan.
Bagaimana jika saya didihkan atau sejukkan air Hexagon, adakah unsur-unsur yang menjana kesihatannya akan terhapus? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tidak. Unsur-unsur kesihatan air Hexagon tidak terjejas dengan perubahan suhu. Sama seperti air hidup semulajadi, bertenaga, Air Hidup Hexagon yang kaya dengan struktur mikro-molekul oksigen amatlah stabil.
Kemudian kenapa anda mencadangkan saya bahawa hanya alirkan air sejuk melalui Hexagon? Anda tidak seharusnya mengalirkan air panas melalui mana-mana sistem penapisan kerana air panas boleh merosakkan penapis-penapis.
Adakah air Hexagon sesuai untuk bayi dan kanak-kanak? ------------------------------------------------------------------ Sudah tentu! Ia sememangnya selamat dan barangkali air yang terbaik anda berikan kepada mereka.
Adakah pembotolan memberi kesan pada ciri-ciri kesegaran air Hexagon? ------------------------------------------------------------------------------------- Tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa air Hexagon kehilangan unsur-unsur kesegarannya apabila dibotolkan, tetapi ianya adalah idea yang bijak untuk meminum sesegar air yang mungkin. Membotolkannya selama sehari atau seminggu tiada sebarang masalah. Jika anda mahu menyimpannya selama sebulan atau lebih, menyejukkannya adalah yang terbaik.
Bolehkah pesakit mendapat faedah daripada air Hexagon? ------------------------------------------------------------------- Ya. Malahan, kekeringan selular adalah punca utama pada kebanyakkan kesakitan dan penyakit. (Lihat www.watercure.com untuk lebih maklumat mengenainya) Pakar kesihatan dan doktor selalu menyarankan agar meminum air dengan banyak apabila seseorang itu sakit, dalam kesakitan atau dalam rawatan. Air menghidrat sel-sel dan membuang toksin. Oleh kerana air Hexagon menyerap kedalam sel-sel dengan lebih baik dan cepat daripada kebanyakkan jenis air, ia sepatutnya membantu mempercepatkan pemulihan dan kesihatan. Anda sepatutnya meningkatkan pengambilan air Hexagon sekurang-kurangnya 10-15 gelas sehari ketika penyembuhan.
Adakah air Hexagon selamat untuk pesakit batu karang? ---------------------------------------------------------------- Ya, ia sememangnya selamat. Jika seseorang mempunyai batu karang, ianya amat penting untuk meminum banyak air untuk melancarkan sistem tersebut dan melegakan beban pada buah pinggang.
Bolehkah anda minum terlalu banyak air Hexagon? ----------------------------------------------------------- Tidak. Malahan, lebih banyak anda minum, lebih sihat anda akan alami!
Tekanan air di rumah saya adalah rendah. Bolehkah saya menggunakan sistem Hexagon? Ya. Hexagon telah diuji dibawah pelbagai keadaan tekanan air dan selalu berjaya. Jika tekanan air anda rendah, air akan mengalir melalui Hexagon dengan lebih rendah, tetapi kualitinya masih lagi baik.
Saya pernah mendengar bahawa jika anda meninggalkan sistem air terbiar untuk tempoh yang lama, bakteria boleh terbina di dalam sistem tersebut. Adakah ianya berlaku dengan Hexagon? --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tidak. Katrij dari sistem Hexagon kesemuanya direka untuk mencegah pembiakan bakteria, walaupun jika air ditinggalkan begitu lama didalamnya. Untuk perlindungan tambahan, katrij pertama Hexagon mempunyai suatu penapis anti-bakteria Dupont Micro-Free yang direka untuk menyekat bakteria daripada memasuki sistem pada awalnya. Walau bagaimana pun, air yang telah berada terlalu lama didalamnya sudah pasti tidak rasa segar, maka jika tidak menggunakan sistem tersebut dalam jangka waktu tertentu, anda seharusnya membiarkan air mengalir untuk beberapa minit sebelum meminumnya.
Berapakah harga katrij pengisian semula dan berapa kerap ianya perlu diganti? ------------------------------------------------------------------------------------------- Katrij berharga RM 90.00 setiap satu. Dua daripadanya adala kekal dan tidak memerlukan penggantian. Dua daripadanya perlu digantikan setiap tahun dan dua daripadanya hendaklah digantikan setiap dua tahun. Jika anda mengikuti jadual penggantian yang disarankan, anda boleh menikmati air hidup yang bersih dan segar daripada paip anda hanya beberapa sen seliter!
Sistem ini berasal dari mana? ---------------------------------- Hexagon bertaraf antarabangsa. Ianya dibuat daripada penapis dan komponen daripada pembekal seluruh dunia dan dipasang di Taiwan. Penapis Anti-Bakteria Dupont MicroFree dan penapis KDF datangnya dari AS, salah satu daripada diantara penapis-penapis tersebut adalah daripada Jerman dan lain-lain bahagian daripada sistem tersebut adalah daripada Jepun dan lain-lain negara. Semua komponen adalah diluluskan oleh intitusi kawalan kualiti yang ternama, diuji jaminan kualiti dan digabungkan dengan begitu teliti untuk menghasilkan kualiti ideal air hidup berdasarkan pada pencapaian sains dan teknologi terkini.
Adakah Hexagon menggunakan elektrik? ----------------------------------------------- Tidak. Ia hanya dipasangkan kepada paip anda.
Adakah Hexagon ini mudah-alih? -------------------------------------- Tidak digalakkan. Walaupun anda dengan mudah menanggalkannya daripada paip dan memindahkannya ke lokasi yang lain, ianya tidak direka untuk mudah-alih.
Apakah jenis penyelenggaraan yang ia perlukan? --------------------------------------------------------- Selain menukar penapis mengikut jadual penggantian yang disarankan, anda perlu mencuci penapis seramik sekali-sekala.
Berapa kerap perlu saya membersih penapis seramiknya? ------------------------------------------------------------------ Ia bergantung pada kekotoran di air paip anda. Lebih kotor ia, lebih kerap perlu anda mencuci penapis seramik tersebut. Kebanyakkan orang perlu mencucinya sekali setiap 3 hingga 4 minggu. Hanya bukakan bahagian atas Hexagon dan lihat ia sekali-sekala. Anda pasti tahu mengenainya dengan melihat pada penapis (bekasnya adalah telus) samada ianya memerlukan pencucian atau tidak. Ianya putih apabila ianya bersih dan kuning gelap atau coklat apabila ianya kotor.
Bagaimana saya mencuci penapisnya? ------------------------------------------- Tanggalkan penapis mengikut diagram di dalam manual pemilik menggunakan alat yang diberikan dengan unit anda. Gunakan papan "scrub" yang diberikan (atau sebarang berus) untuk mencuci penapis. Kemudian cuma letakkan ia kembali di dalam katrij dan selesai!
Bolehkah saya menggunakan sistem ini jika sumber airnya tidak dirawat? ------------------------------------------------------------------------------------- Tidak. Sistem ini tidak direka untuk kegunaan dengan air mentah yang tidak dirawat. Kandungan garam yang begitu tinggi boleh mengganggu prestasi media penapisan Hexagon. Sila kembali semula ke sini, kerana kami akan mengeluarkan model lain yang direka untuk tujuan ini.
Bagaimanakah untuk saya pastikan katrijnya masih dalam keadaan yang sempurna? ------------------------------------------------------------------------------------------------- Sistem Hexagon direka untuk merawat 10,000 liter air diantara perubahan penapis. Cara terbaik untuk memastikan prestasi optimum ialah untuk menggantikan katrij mengikut jadual yang disarankan. Jika pada sesuatu masa anda dapati air Hexagon berasa pelik, lakukan ujian klorin menggunakan "Reagen" yang disertakan. Kehadiran klorin adalah tanda paling mudah bahawa katrij tidak lagi berfungsi secara optimal.
Bagaimana sistem katrij mineral kekal selamanya? (Lain-lain sistem mengeyorkan menukar katrij mineral mereka). ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- Di alam semulajadi, batu-batan di dasar sungai berinteraksi dengan mineral yang dibawa oleh air dan keupayaannya untuk menghasilkan campuran mineral ionik yang sempurna untuk diminum adalah diperbaharui secara berterusan. Hanya apabila hujan asid dan pencemaran menanggalkan kehadiran mineral dari ciri-cirinya akan menjadikan ia lemah dan kehilangan oksida tenaga mineralnya. Hexagon menggunakan suatu kaedah yang bersesuaian dalam proses pemineralan yang mengreplika aktiviti alam semula jadi dan ianya berterusan diperbaharui semula selagi air paip mengalir melaluinya mempunyai kandungan mineral mentah (semua air paip memilikinya). Sistem penapisan jenama lain memineralkan air selepas menggunakan "osmosis ulangan" atau sulingan yang telah mengasingkan mineral mentah air. Oleh sebab itulah mengapa penapis mineral mereka perlu penukaran.
Apakah maksud "KDF" pada katrij 5? --------------------------------------------- KDF® bermaksud "Kinetic Degradation Fluxion", adalah nama panggilan untuk salah satu teknologi terbaru yang dipatenkan untuk rawatan air. KDF® adalah suatu tembaga yang tinggi keasliannya dan aloi zink yang menghapuskan pencemaran dengan menggunakan pengurangan oksida elektrokimia (atau lebih dikenali sebagai "redox"). Apabila digunakan dalam hubungan dengan penapisan karbon, KDF membentuk suatu keadaan yang begitu tinggi efektif dalam membunuh atau melemahkan kebanyakan mikroorganisma. Disini adalah suatu diskripsi mengenai KDF daripada buku, Don't Drink The Water-The Essential Guide to Our Contaminated Drinking Water and What You Can Do About It: "Sistem penapisan air minuman premium menggabungkan KDF® dengan lain-lain media yang berkesan untuk mengasingkan apa yang KDF® tidak mampu lakukan. Memandangkan KDF® memcipta suatu keadaan statik bakteria, dasar karbon tidak menjadi suatu tempat pembiakan untuk bakteria berbahaya. Kajian makmal bebas mengesahkan pengguna mengalami bahawa KDF® adalah salah satu alatan terbaik untuk memperbaiki air minuman dan mandian secara semula jadi dan ekonomi. Berbanding unit-unit karbon sahaja, KDF® tahan lebih lama, tidak membenarkan perkembangan bakteria dan mengasingkan lebih banyak benda-benda bukan organik (contoh: bahan logam). Berbanding kepada "reverse-osmosis", KDF® tidak berapa mahal, tiada membazirkan air, tidak memerlukan penukaran membran, berfungsi hampir kesemua suhu air dan mengasingkan klorin. Berbanding cahaya ultra ungu, KDF® berfungsi dalam air yang keruh, tidak memerlukan penggantian mentol atau pun elektrik dan membawa keluar bahan bukan organik. Berbanding ozon, KDF tahan lebih 17 saat untuk kesan sisa bakteria statik berterusan di dalam air, tidak memerlukan elektrik dan kos yang kurang. Berbanding pelembut air, KDF® mengurangkan skala keras dan membantu untuk merawat air tanpa perlu untuk tangki air masin, atau penukaran garam. Ia juga murah untuk memasang dan mengoperasikannya."
Hexagon mengunakan KDF® dalam hubungan dengan lain-lain teknologi yang telah terbukti untuk memastikan anda menerima air seasli yang mungkin.
Apakah maksud FIR pada katrij 6? --------------------------------------- FIR bermaksud Sinaran Inframerah Jauh (Far Infrared Rays) yang merupakan salah satu daripada sinaran yang dipancarkan daripada spektrum matahari. FIR telah menjadi suatu fenomena kebelakangan ini. Terdapat banyak jenis produk dalam pasaran yang memancarkan Sinaran Inframerah Jauh (Far Infrared Rays) untuk tujuan pemulihan. Beberapa pusat rawatan spa sekarang mengenakan caj yang kecil untuk pendedahan FIR di waktu petang. Sistem Hexagon menggunakan FIR kerana ianya adalah suatu gelombang penjanaan tenaga yang hampir dengan gelombang semulajadi air. Apabila air melalui katrij penjanaan tenaga EC3000, manik bertenaga tinggi FIR bergetar dan bergema dengan molekul air untuk memecahkannya dalam bentuk kelompok tenaga yang kecil dan dengan mudahnya menjana dan menyuburkan sel-sel anda sama seperti air hidup semulajadi yang telah dijanakan tenaganya oleh matahari dan medan elektromagnet bumi.
Kenapa Hexagon tidak mempunyai sistem cucian semula? ------------------------------------------------------------------ Hexagon direka sebegitu rupa supaya cucian semula tidak diperlukan sepenuhnya. Sistem cucian semula bertujuan untuk menghapuskan kotoran dan toksin yang terkumpul dari penapis untuk menjananya dan meningkatkan hayatnya. Walau bagaimanapun, keberkesanan proses ini masih meragukan dan ianya berpotensi boleh melakukan lebih kerosakan daripada kebaikan. Di dalam Buku "The Drinking Water", mengatakan,
" Sungguhpun cucian semula karbon akan mengasingkan sebahagian mendapan yang terkumpul di penapis, ia secara amnya tidak berkesan dalam mengasingkan pencemaran bahan kimia daripada liang-liang karbon. Disebabkan ini, dan disebabkan ia meningkatkan potensi pelepasan pencemaran, saya tidak menyarankan cucian semula." Penapis Hexagon direka untuk berfungsi dengan efektif mengikut tempoh yang dinyatakan di dalam panduan pengguna. Ianya juga direka untuk memastikan bahawa kotoran dan pencemaran tidak akan kembali ke dalam air
Posted at 07:49 pm by hexagon123
Permalink
Kenyataan - Disini adalah pandangan Pengguna Hexagon
Bebas Daripada Sinusitis ---------------------------- Saya menderita penyakit "sinusitis" lebih daripada 10 tahun. Setiap hari dalam hidup saya amat terseksa tanpa semburan anti-histamin dan saya tidak serasi dengan ubat herba dan jamu. Walau bagaimanapun, sebulan selepas saya bertukar daripada air biasa ke air Hexagon, saya berasa sihat (langkah berani) untuk lalui sepanjang hari tanpa penyembur tersebut. Ianya menakjubkan -- tiada bersin, tiada lelehan, tiada kesakitan! Saya tidak menggunakan anti-histamin sejak itu. - WM Chow
Meningkatkan Tenaga & Menurunkan Berat Badan -------------------------------------------------------- Wow! Suatu perbezaan! Saya dan isteri mula mengambil Hexagon beberapa bulan yang lalu dan saya tidak percaya kesan yang ia lakukan. Kami berdua kini mempunyai lebih tenaga dan isteri saya telah kehilangan berat badan sebanyak 18lbs. - D. Oswald
Tiada Lagi Bau Badan dan Nafas Berbau ---------------------------------------------- Saya kecewa apabila cucu saya tidak mahu memberikan pelukan kepada saya. Saya ingat ianya kerana mereka mula membesar dan ingin lebih berdikari, tetapi anak perempuan saya memberitahu bahawa mereka mengelak kerana saya mempunyai nafas berbau dan badan berbau dan mereka tidak sampai hati ingin memberitahu saya. Saya pernah mendengar masalah ini adalah perkara biasa dikalangan mereka yang berusia diatas kelembapan metabolisma dan fungsi pencernaan yang kurang, tetapi saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya mula mandi sekerap yang mungkin dan lama, namun ianya tidak membantu. Perubahan mula berlaku bila anak perempuan saya menyediakan sistem Hexagon. Saya mula minum sebanyak air yang mampu. Kini cucu saya mengatakan saya tidak lagi mempunyai "bau busuk" itu lagi. -MD Lee
Mengurangkan Tekanan Darah ----------------------------------- Saya mempunyai hipertensi bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap ini bermakna diet garam yang rendah, selalu melakukan senaman dan pengambilan pil harian untuk sepanjang hidup saya. Tetapi lebih kurang sebulan saya bertukar kepada air Hexagon, doktor saya mengatakan bacaan tekanan darah saya hampir normal. Jika ini berterusan, saya berkemungkinan boleh menikmati hidangan ikan masin kegemaran saya sekali-sekala. - CC Pih
Melegakan Sembelit dan Merangsangkan Kehilangan Berat Badan --------------------------------------------------------------------------- Seingat saya, saya bergelut dengan berat badan saya. Saya mencuba segalanya daripada teh melangsingkan badan dan krim hinggalah diet menghilangkan berat badan, tetapi tiada satu pon berkesan terhadap saya. Kemudian bos saya menyediakan sistem Hexagon di dalam pejabat. Beberapa minggu selepas meminum air "bertenaga" ini, saya tidak lagi menderita daripada sembelit seperti selalu. Saya mula minum lebih dan lebih air Hexagon (dan kurang dan kurang kopi). Saya mula menyedari pakaian saya semakin longgar - ini adalah kali pertama ianya berlaku kepada saya! Kini, saya telah menyediakan Hexagon saya sendiri di rumah dan saya memberi komitmen untuk saya melangsingkan badan dan bertambah sihat. Dengan air Hexagon, ianya menjadi lebih mudah untuk mengawal pengambilan "caloric" saya dan saya kini lebih kecil DUA saiz! - LP Choo
Tiada Lagi Kesakitan Kerongkong dan Sengal Sendi ----------------------------------------------------------- Saya telah mengalami gangguan keselesaan yang berterusan di kerongkong saya untuk tempoh yang lama. Doktor menyakinkan saya bahawa tiada apa-apa, tetapi saya masih risau kerana keluarga saya mempunyai sejarah berkenaan kanser hidung. Saya mencuba semua jenis perubatan tradisional, tetapi gangguan keselesaan tidak hilang. Tiga minggu selepas saya mula meminum air Hexagon, gangguan keselesaan hilang sepenuhnya. Suatu lagi masalah yang saya alami ialah menderita daripada "trigger finger". (Jari tengah saya tidak boleh dibengkokkan atau diluruskan). Doktor menyarankan pembedahan tetapi saya memilih fisioterapi, hasilnya tidak berkesan. Kini saya telah meminum air Hexagon, saya telah memulihkan pergerakan di jari saya. - Amy Low
Melegakan Keserakan dan Penyakit Kanker ------------------------------------------------- Profesion saya terlibat dalam melakukan perbualan untuk selama 4 tahun. Kesannya, suara saya menjadi serak dan tegang. Semakin teruk, saya berkecerendungan untuk mengalami penyakit kanker apabila saya tidur tidak mencukupi. Kemudian saya mula meminum air Hexagon. Saya sukakan rasanya yang manis, terutama sekali apabila sejuk, amat menakjubkan sekali saya boleh mengambil lebih daripada 12 gelas sehari. Kurang dari 3 minggu, keserakan pada suara saya hilang dan kembali bergema untuk membolehkan saya menyanyi semula! Untuk penyakit kanker, ini adalah rahsia saya: Saya menghisap kiub ais yang dibuat daripada air Hexagon dan tuangkan ulser tersebut dengan ais yang cair. - anda tidak akan mempercayainya - kesakitan itu akan hilang dalam semalaman! Kini air Hexagon ialah perkara yang penting untuk rejim kesihatan saya. - JL
Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah ---------------------------------------------- Saya berumur 44 tahun dan kini baru mengetahui bahawa kadar gula dalam darah saya adalah tinggi. Saya tidak akan melupakan lawatan ke doktor kerana dia memberitahu saya bahawa saya mesti berhati-hati dengan diet saya dan mesti konsisten dengan perubatan saya. Ianya amat payah untuk mempercayai bahawa saya mengalami diabetis! Untuk pertama kalinya di dalam hidup saya, saya menyedari bahawa saya perlu mengawal tabiat pemakanan saya. Sungguh bernasib baik, seorang kawan saya memberitahu mengenai air Hexagon. Dua bulan selepas meminum air Hexagon dengan banyak, kadar gula dalam darah saya telah kembali normal. Doktor saya begitu terkejut dengan kesihatan yang mengkagumkan. - PW Chang
Menghilangkan Alahan ------------------------- Saya mengalami alahan sejak kecil. Jika saya makan udang walaupun kecil, saya akan mengalami kegatalan. Saya masih ingat di hari saya makan dengan banyaknya bebola udang sebagai melawan alahan saya, dan akhirnya dimasukkan hospital dengan rawatan kecemasan. Doktor memberitahu saya bahawa badan saya tidak boleh mengawal "toksik yang tinggi" di dalam makanan laut. Saya dengan kerap menerima rawatan anti-alahan, tetapi mereka hanya menghentikan simptom tersebut untuk sementara waktu. Saya sungguh bercelaru. Kini saya bertukar dengan meminum air Hexagon, ruam dan gatal-gatal tidak seperti selalu. Minggu lepas, saya tanpa sengaja memakan beberapa ekor udang dan kemudian risau akan kemungkinan yang timbul... tapi reaksi alahan tidak muncul! - L Ling
Melegakan Angin Di Dalam Perut & Mengempiskan Perut ---------------------------------------------------------------- Kemungkinan disebabkan oleh jadual yang padat, kerap melancong dan makanan yang tidak teratur, saya selalu mengalami perut sebu. Rakan-rakan memberitahu saya untuk meminum air dengan lebih, jadi saya lakukan... tetapi ia hanya menjadikan sebu saya semakin teruk. Kini, dua minggu selepas bertukar kepada air Hexagon, masalah keselesaan dan angin di dalam perut telah hilang dan perut saya juga lebih kempis! - LS Ho
Kelegaan Sakit Kepala ------------------------- Saya tidak percaya air boleh melegakan sakit kepala, jadi apabila kawan saya, Vivian, menyarankan saya membeli sebuah sistem air Hexagon, saya memberikan pelbagai alasan. Terima kasih di atas usaha berterusan Vivian -- dia membawa sebotol air Hexagon setiap hari, dan memaksa saya meminumnya untuk melegakan sakit kepala saya yang berterusan. Saya telah menggunakan air Hexagon setiap hari agak lama kini dan sememangnya sakit kepala tidak menyerang seperti selalu. Saya amat percaya sekarang, jadi memasang Hexagon kepunyaan sendiri telah menjadi suatu keputusan yang mudah sama sekali. - SC Tsai
Mencerahkan Kompleksi ----------------------------- Keluarga saya baru sahaja memasang sebuah Hexagon dan ibu saya menasihati saya untuk mencuci muka saya dengan air. Saya berumur 26 tahun dan masih menderita daripada masalah jerawat yang sungguh teruk. Saya langsung tidak ingat jenis-jenis krim yang telah saya cuba selama ini. Saya juga mengambil antibiotik yang dipreskripsi, namun tiada yang dapat membantu. Saya mematuhi nasihat ibu saya dan mula membasuh muka saya dengan air Hexagon, dan meminumnya dengan banyak. Masalah jerawat saya pulih dengan nyata. Kesan lama telah kering dan saya mendapat beberapa kesan baru kini. Yang satu ini tidak berapa merah dan tiada nanah. - ML Yeh
Kini Anak Saya Suka Minum Air ------------------------------------ Anak lelaki saya Alex berumur 3 tahun, tidak suka meminum air. Untuk mendapatkan suku cawan air ke dalam kerongkong dia adalah suatu kepayahan harian. Kerana kami pernah membaca berkenaan kepentingan air dan kesan berbahaya dari sel yang nyahhidrat, saya dan isteri risau sekiranya dia sakit. Alex curiga terhadap Hexagon bila saya memasangnya, jadi saya tunjukkan kepadanya bagaimana "... air minuman yang sedap datangya daripada sebelah sini, manakala air paip yang biasa untuk membasuh datangnya daripada sebelah sana - dengan hanya memusingkan pemegang kecil tersebut!" Saya sungguh gembira apabila dia minta untuk mencuba "air yang lazat" tersebut, tapi saya amat terkejut apabila dia meneguk setengah cawan air yang saya berikan dan kemudian memintanya lagi! Saya pernah mendengar bahawa kanak-kanak secara nalurinya tahu apa yang baik untuk tubuh mereka. Anak saya sudah pasti tahu Hexagon baik untuknya kerana dia kini meminum dengan banyak setiap hari. Ini mungkin tidak begitu penting pada sesetengah ibu bapa, tetapi menjadikan anak kami untuk meminum air adalah suatu kejayaan pada kami. - Steven Tai
Gave Me a Prosperous Green Thumb ----------------------------------------- Mereka mengatakan ia memerlukan orang yang makmur untuk memelihara "buluh kemakmuran", jadi saya berkeputusan untuk memeliharanya di pejabat saya. Sembilan bulan dan tiada peningkatan kemudian, saya hampir patah semangat pada pohonan tersebut kerana ianya tidak mahu membesar! Saya mendengar beberapa orang rakan saya memuji tentang air Hexagon yang dilaporkan bagus untuk itu dan ini. Saya membuat keputusan untuk mencubanya pada pokok buluh saya yang ditakdirkan sakit. Seminggu bersama air Hexagon, dan "pohonan yang mati" mulai tumbuh pucuk-pucuk yang baru! Dua minggu kemudian, pucuk-pucuk sudah berukuran enam inci tinggi! Kini saya hanya menunggu kemakmuran muncul! - Aminah Ibrahim
Binatang Peliharaan Berbau Wangi --------------------------------------- Saya telah membela Lizee sejak ia masih lagi kecil, jadi saya amat memahaminya. Empat hari tanpa mandian dan Lizee berbau! Tidak kira betapa sibuknya saya, saya selalu mandikannya dua kali seminggu. Saya mengagak anda mengatakan bahawa mendapatkan sebuah Hexagon telah membuatkan saya malas kerana sudah seminggu lepas saya memandikan Lizee. Terima kasih kepada air Hexagon kerana ia tidak berbau lagi. Saya juga perhatikan bahawa dia tidak lagi mencakar dengan begitu kerap dan bulunya lebih berkilat dan juga lembut - Geoffrey Lim
Posted at 08:12 pm by hexagon123
Permalink
CARA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK?
Harga Biasa : RM 1,150.00
Diskaun sehingga 50%- sementara stok masih ada!
Ansuran mudah tanpa faedah max 10 kali menggunakan Kad Kredit (Visa/Master Card)
Bagaimana ingin mendapat diskaun sehingga 50%? Bagaimana utk membuat bayaran mudah tanpa faedah?
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-
HAMIDAH HUSIN (mamaboomboom) Tel - 013-3546429 / 03-42806428
Email : mamaboomboom123@yahoo.com
YM - mamaboomboom123
Posted at 08:17 pm by hexagon123
Permalink
|
|
|